
Bertaubat Sebelum Terlambat
Manusia
tidak mampu meramal sesuatu yang akan berlaku begitu juga hari kiamat
yang pasti akan tiba. Kejadian gempa bumi yang berlaku di Nepal
baru-baru ini telah mengorbankan banyak nyawa dan banyak harta benda
yang musnah. Gempa bumi sekuat 7.8 pada skala richter yang berlaku di
Nepal pada sabtu yang lalu telah mengorbankan lebih 2500 nyawa yang
terdiri dari warga tempatan dan para pendaki dari negara luar. Menurut
rekod ini adalah gempa bumi terburuk yang pernah dicatatkan berlaku di
Nepal. Sedangkan kejadian yang berlaku merupakan peringatan Allah kepada
seluruh penduduk di muka bumi ini supaya tidak lalai dengan hiburan
dunia.
Kita
boleh lihat hampir tanda-tanda kiamat kecil telah berlaku pada dunia
hari ini. Malah pelbagai bencana alam yang telah menimpa Malaysia
khususnya iaitu banjir besar 2014 merupakan tanda Allah menguji
kesabaran dan ketaqwaan umat manusia kepadaNya. Jadi haruskah kita
kembali leka dengan dunia yang hanya bersifat sementara? Detik ini
merupakan pilihan terbaik untuk kita semua tunduk kepada Allah Yang Maha
Besar. Ya Allah, takutnya. :'(
Tanda-tanda kiamat yang telah banyak muncul!
Telah
dinyatakan bahawa tanda-tanda kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang
sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda-tanda kiamat
besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih
90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.
Didapati
kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti
yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri.
Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih
Bukhari dan Riwayat Tarmidzi
Tanda-tanda kiamat kecil mengikut dalil:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari
Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah s. a. w. telah bersabda: “Aku
menghitung enam perkara menjelang hari kiamat” Baginda menyebutkan salah
satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan
tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
4) Bermaharajalela alat muzik
Pada
akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada
yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi2 wanita” – Ibnu Majah
5) Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.
6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak
akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” –
Riwayat Ahmad dan Hakim
7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8) Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak
akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik
dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali
orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan
tidak mengingkari kemungkaran – Riwayat Ahmad
9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di
antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai
oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling
baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang
mulia” – Riwayat Thabrani
10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
“Di
antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul
pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti
telanjang.”
Tanda-tanda kiamat besar:
1) Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
2) Lahirnya Dajjal.
3) Keluar asap tebal.
4) Turunnya Nabi Isa a.s.
5) Kemunculan Imam Mahdi.
6) Matahari terbit dari ufuk barat.
7) Keluarnya suku Ya’juj dan Ma’juj.
8) Diangkat Al-Quran dan perkara-perkara yang baik
9) Runtuhnya Ka’abah.
10) Terdengar tiupan sangkakala pertama.
11) Ada azan tak di jawab
12) 3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.
*bertaubatlah selagi waktu masih ada..
*jangan ingat mati hanya datang pada usia tua kita..
*tingkatkanlah amalan dan istiqamahlah (berterusanlah) dengan amalan tersebut..
*jangan ingat mati hanya datang pada usia tua kita..
*tingkatkanlah amalan dan istiqamahlah (berterusanlah) dengan amalan tersebut..
“Ya
Allah jadikan aku seorang hambamu yang beriman dan ampunilah segala
dosa-dosa ku dan selamatkanlah semua kaum muslimin di muka bumi ini”
Jom Like Page : https://www.facebook.com/IslamFanPages